Akhirnya TERBONGKAR! Satu Kapsul Tun M Sepatutnya Dibuka Pada 31 Mei 2018. Korang mesti terkejut bila dapat tahu Apa Mesejnya!
Sejak semalam, tular di media sosial gambar satu batu tanda menyatakan kapsul yang pernah ditanam Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) pada tahun 1994 sepatutnya dibuka pada 31 Mei 2018.
Batu yang terletak di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) itu tertulis sebuah kapsul yang mengandungi dokumen-dokumen ditanam Tun M bersempena acara Perasmian Penyempurnaan Lebuhraya Utara-Selatan pada 8 September 1994 dan akan dikeluarkan selepas tamat tempoh Konsesi Lebuhraya Utara-Selatan pada tarikh semalam.
Penantian orang ramai yang ingin tahu apakah mesej yang terkandung dalam kapsul tersebut masih belum terjawab.
Bagaimanapun, media tempatan hanya melaporkan bayaran tol di jajaran Kuala Lumpur-Seremban Expressway dan Salak Expressway di Plaza Tol Sungai Besi dikendalikan Lebuhraya Utara-Selatan ditamatkan bermula tengah malam tadi.
Sebelum ini, terdapat empat kapsul lain yang pernah ditanam Tun M iaitu di bangunan pusat membeli belah The Mall (kini dikenali Sunway Putra Mall) di Kuala Lumpur pada tahun 1987.
Dua kapsul berada di Bursa Malaysia manakala satu kapsul di Monumen Millenium, Putrajaya yang akan dibuka pada tahun 2020.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @muhammmadeizazirfan & @paan_arzim
KUALA LUMPUR: Tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Jumaat membuat laporan polis menggesa tindakan diambil terhadap individu yang dipercayai membuat ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam laman sosial Facebook (FB).
Laporan polis tersebut dibuat oleh wakil NGO diketuai Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, tengah hari tadi.
Abdul Rani berkata perbuatan pemilik akaun FB yang menggunakan nama ‘Ayahanda Fadzley Mohd Yusof’ itu jelas menggambarkan perbuatan tidak bertanggungjawab yang mengaitkan persatuan NGO dalam ugutan itu.
NGO lain ialah Kesatuan Melayu National, Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (Irimm), Akhlak Rahsia Cekal (ARC), Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS), Refomis dan Kipidap.
“Semalam, dalam satu kenyataan di FB, netizen tersebut mengugut mahu menembak Tun (Dr Mahathir), selain menyatakan hampir 2,000 ahli persatuan NGO seperti Persatuan Ayahanda akan berhimpun di Dataran Merdeka di sini sebagai satu protes menentang kerajaan Pakatan Harapan (PH).
“Saya mewakili NGO lain ingin menegaskan bahawa kami tidak terbabit seperti dakwaan individu itu. Kami menyokong sepenuhnya kerajaan semasa kerana negara kita merupakan negara berdemokrasi dan setiap keputusan adalah pilihan rakyat sendiri, jadi hormati keputusan itu,” katanya.
Abdul Rani berkata pihaknya berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabi, bagi membendung gejala yang boleh menjejaskan keharmonian negara ini.
Tun Dr. Mahathir: Perjuangan belum selesai
Apa Kata Anda?
SOurce : http://www.kepohkuat.com/video-akhirnya-terbongkar-satu-kapsul-tun-m-sepatutnya-dibuka-pada-31-mei-2018-korang-mesti-terkejut-bila-dapat-tahu-apa-mesejnya/