REAKSI Ronaldo selepas ledak gol ketika menentang Sepanyol di Sochi, sebentar tadi. - Foto AFPHatrik Ronaldo selamatkan Portugal
SOCHI, RUSSIA: Cristiano Ronaldo menjaringkan hatrik dramatik ketika menentang Sepanyol untuk membolehkan Portugal berkongsi mata selepas terikat 3-3 pada perlawanan pertama kumpulan B, Piala Dunia yang berlangsung di Sochi, sebentar tadi.
Penyerang Real Madrid ini membuka tirai jaringan pada minit keempat menerusi sepakan penalti dan meledak gol kedua di awal babak kedua perlawanan.
Kapten Portugal ini sekai lagi menjaringkan gol menerusi sepakan percuma pada minit ke-88, sekaligus menyamakan kedudukan selepas ketinggalan 2-3.
Dalam perlawanan yang menjadi tumpuan itu, Diego Costa memadamkan jaringan awal Ronaldo menerusi gol penyamaan untuk Sepanyol pada minit ke-24.
Penyerang Altetico Madrid ini sekali lagi menyamakan kedudukan menerusi gol kedua pada minit ke-55. Sebelum itu, Ronaldo menjadikan kedudukan 2-1 apabila melakukan rembatan kencang menerusi kaki kiri dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gawang Manchester United De Gea.
Tiga minit kemudian, Nacho memberikan Sepanyol kelebihan menerusi gol ketiga sekaligus memberi tekanan kepada juara Piala Eropah untuk bangkit.
Namun, Ronaldo membuktikan dia adalah pakar sepakan percuma apabila bijak melencongkan bola ke penjuru kiri gawang Sepanyol untuk menyamakan kedudukan. AFP / Reuters
Source : https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2018/06/438296/hatrik-ronaldo-selamatkan-portugal
SOCHI, Russia: Cristiano Ronaldo membuktikan betapa dirinya serius di Piala Dunia selepas meledak hatrik bagi menjamin keputusan seri 3-3 dengan Sepanyol sekali gus meletakkannya pada satu tahap lebih baik dalam kariernya.
Bintang Real Madrid, Ronaldo menyempurnakan sepakan percuma pada minit ke-88 bagi menyelamatkan satu mata buat juara Eropah berkenaan pada perlawanan pembukaan Kumpulan B, selepas jaringan Nacho pada babak kedua meletakkan Sepanyol di hadapan dengan 3-2.
Sebelum itu, Ronaldo meledak dua gol bagi membolehkan pasukannya mendahului babak pertama, dengan Diego Costa dua kali menyamakan kedudukan buat Sepanyol.
Fernando Hierro membuat kemunculan pertamanya di bangku simpanan Sepanyol, hanya dua hari selepas pemecatan sensasi Julen Lopetegui namun Ronaldo tetap mencuri perhatian ramai.
Selepas hanya tiga gol keseluruhan dalam tiga Piala Dunia sebelum ini, dia kini menggandakan jumlah berkenaan hanya dalam satu malam di sini dan kini sudah meledak lapan gol berturut-turut dalam kejohanan utama bermula dari Euro 2004.
Dia adalah satu-satunya pemain yang meledak empat gol dalam Piala Dunia, mengekori jejak Pele dan duo Jerman, Uwe Seeler dan Miroslav Klose.
"Ia satu rekod individu yang baik, satu lagi pencapaian dalam karier saya," kata Ronaldo. "Bagi saya apa yang penting adalah memberi penekanan terhadap apa yang pasukan lakukan apabila menentang salah sebuah pasukan yang menjadi pilihan untuk menjuarai Piala Dunia ini." - AFP

Hatrik Ronaldo curi tumpuan