FOTO hiasan.Mayat dalam perut ular
MAKASSAR (Indonesia): Mayat seorang wanita ditemui dalam perut seekor sawa yang ditangkap berhampiran lokasi mangsa dilaporkan hilang ketika bercucuk tanam di halaman rumahnya, kata polis.
MAYAT lelaki yang dikenali sebagai Akbar, 25, ditemui apabila penduduk kampung membelah perut ular sawa sepanjang tujuh meter.
Mayat Wa Tiba, 54, ditemui Jumaat lalu penduduk kampung membelah perut ular berukuran tujuh meter itu yang ditemui berlingkar dengan perut besar di perkampungan Persiapan Lawela di Pulau Muna, berhampiran Sulawesi.
Ketua polis tempatan, Hamka berkata: "Penduduk mengesyaki ular itu membunuh mangsa lalu menelannya selepas membawanya keluar dari halaman rumah mangsa.
"Mereka membelah perut ular itu dan menemui mayat mangsa di dalamnya." katanya.
Kira-kira 100 penduduk termasuk saudara-mara mangsa berusaha mencari wanita itu selepas dia hilang ketika bercucuk tanam pada lewat Khamis.
Hamka berkata, penduduk menemui ular gergasi itu berlingkar kira-kira 30 meter dari kasut serta parang milik Wa. Menurutnya, kepala mangsa ditelan dulu manakala tubuhnya masih sempurna. - AFP
Source: https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2018/06/438378/mayat-dalam-perut-ular
Petani hilang ditemui dalam perut ular sawa

MAMUJU, Indonesia: Seorang petani yang hilang ditemui di dalam perut seekor ular sawa gergasi berdekatan tempat mangsa bertani.
Mayat lelaki yang dikenali sebagai Akbar, 25, ditemui apabila penduduk kampung membelah perut ular sawa sepanjang tujuh meter.
Sebelum itu, reptilia berkenaan dilihat menjalar dalam keadaan janggal di Kampung Salubiro, di timur Sulawesi, Isnin lalu.
Ketua kampung itu yang dikenali sebagai Junaidi berkata, mereka mengesyaki reptilia berkenaan menelan Akbar berdasarkan keadaan perutnya yang terlalu buncit, selain penemuan buah kabung, but dan peralatan berladang milik mangsa.
"Ini kali pertama kematian berlaku akibat ditelan ular di kawasan ini," katanya.
Gerakan mencari Akbar dilancarkan selepas mangsa yang pergi ke ladang milik keluarganya tidak pulang ke rumah semalaman.
Ular sawa gergasi boleh mencapai saiz sehingga enam meter panjang sering ditemui di Indonesia dan Filipina.
Ia lazimnya hanya menjadikan haiwan yang lebih kecil sebagai makanan dan jarang menyerang manusia.
Namun pada 2013, seorang pengawal keselamatan di Bali dilaporkan dibunuh seekor ular sawa gergasi di hadapan sebuah hotel mewah di pinggir pantai. - AFP