Syarikat Di Jepun Beri Cuti Putus Cinta Kepada Pekerja Mereka


Cuti putus cinta telah diperkenal oleh sebuah syarikat yang terletak di Jepun. Hime & Company telah memperkenal cuti baru bagi para pekerja mereka.

Cuti ini diharap dapat membantu individu yang putus cinta memulihkan perasaan dan semangat mereka.

Cuti putus cinta diberi mengikut peringkat umur. Lebih tua usianya, lebih banyak cuti yang mereka terima. Ini kerana pihak syarikat beranggapan individu yang berusia 30 tahun ke bawah lebih mudah mencari pengganti.

Kakitangan yang berusia 24 tahun dan ke bawah boleh bercuti selama sehari. Bagi mereka yang berusia 25 hingga 29 tahun pula boleh mengambil cuti dua hari dan mereka mereka yang berusia 30 tahun dan ke atas mereka layak untuk mengambil cuti selama 3 hari.

Source : http://www.sajakongsi.com/syarikat-di-jepun-beri-cuti-putus-cinta-kepada-pekerja-mereka/



Tun M dan Tun Siti Hasmah Versi Lego Curi Tumpuan


Imej dari flicker Vincent Kiew




Imej dari flicker Vincent Kiew




Imej dari flicker Vincent Kiew

Vincent Kiew, pengumpul tegar koleksi Lego telah menghasilkan lego versi Tun M dan isteri, Tun Siti Hasmah.

Tun M versi lego itu lengkap dengan sut kelabu yang sering dipakainya cumanya pen kat poket baju je yang tiada.

Kasih sayang yang dipamerkan Tun M dan isteri secara tak langsung membuatkan kita semua pasangan masing-masing.

Malah kejayaan Tun M kembali ke tampuk pemeritahan negara pada usia 92 tahun turut menjadi inspirasi ramai. Doa kami semoga Tun diberikan kesihatan yang baik untuk terus memimpin Negara.