Senarai 10 Beg Tangan Berjenama Termahal Di Dunia 2018! Bukan jenama Hermes Juara 1 nya






Dua tiga hari ini dah kerap kita dengar mengenai jenama beg tangan wanita mewah, Hermes. Di dada-dada akhabr, media sosial atau perkongsian sesiapa sahaja, pasti kita akan terlihat perkongsian beg tangan ini. Tapi kenapa mahal sangat beg tangan Hermes? Diperbuat daripada apa? Ada tak lagi yang lebih mahal dari Heremes? Ya, sebenarnya memang ada pun. Anda yang lelaki mungkin tak faham dengan kepentingan beg tangan buat wanita. Yelah, setakat nak letak barang je pun, kenapa nak mahal-mahal sangat kan. Tapi bagi wanita, selain berfungsi sebagai aksesori, ia juga sebenarnya simbol status mereka. Apatah lagi jika mereka isteri kepada individu-individu berprofil tinggi, air muka perlulah dijaga selalu kan. Tapi apa pun, ini dia 10 beg tangan berjenama termahal di dunia 2018. 

10. Blue Crocodile Hermes Birkin Handbag



Sejarah terhasilnya beg tangan yang disebut-sebut rakyat Malaysia ketika ini ada kaitan dengan seorang aktres Inggeris, Jane Birkin apabila barangan yang dibawa di dalam beg tangannya jatuh akibat beg tangan yang rosak. Ketika itu, Ketua Eksekutis Hermes, Jean-Louis Dumas, yang ada bersama-sama Birkin ketika kejadian tersebut berlaku mendapat idea untuk menghasilkan sebuah beg tangan yang mewah, unik dan kukuh untuk golongan wanita seperti Birkin. Bermula daripada itu lah, jenama Hermes Birkin menjadi jenama beg tangan mewah yang paling popular dan paling banyak dibeli oleh wanita-wanita di seluruh dunia. Beg tangan Blue Crocodile Hermes Birkin Handbag  ini berjaya menduduki kedudukan ke 10 pada harga US$ 150,000 (RM 595,800) yang dipamerkan pada jualan Mayfair, di London. Ketika ia dibuka untuk dijual, beribu-ribu tempahan daripada seluruh dunia diterima, namun hanya seorang individu yang tidak dikenali berjaya memiliki beg tangan yang dihiasi dengan emas putih dan berlian 18 karat ini. 


9. Hermes Exceptional Collection Shiny Rouge H Porosus Crocodile 30 cm Birkin Bag



Dengan nama rasminya, Hermes Exceptional Collection Shiny Rouge H Porosus Crocodile 30 cm Birkin Bag, ia dihiasi dengan emas putih 18 karat dan berlian. Dengan harga sebanyak US$ 203,150 (RM 806,911) maka tak hairanlah ia kekal di dalam senarai beg tangan termahal pernah dihasilkan oleh manusia. Beg tangan berwarna merah ini berjaya memecah rekod beg tangan paling mahal berjaya di jual dalam pembidaan awam beberapa tahun dahulu. Pemenang bida yang berlangsung di Heritage Auctions di Texas itu kekal rahsia hingga kini. 

8. Fuchsia Diamond-Studded Hermes Birkin



Ditempat ke lapan juga beg tangan daripada jenama Hermes, memperlihatkan seolah-olah beg tangan daripada jenama ini bertanding sesama sendiri. Beg tangan berwarna merah jambu ini pasti berjaya memukau mata sesiapa sahaja dengan hiasan emas putih dan berlian. Beg tangan ini terjual pada harga US$ 222,000 (RM 881784) dalam satu bidaan yang dibuat di Hong Kong pada tahun 2015.


7. Chanel “Diamond Forever” Handbag


Beg tangan bewarna putih ini dari pandangan mata kasar nampak biasa sahaja, tiada apa pun yang menarik padanya. Tapi jangan terkejut, harga beg tangan ini adalah US$261,000 (RM 1,036,692). Ia dibuat daripada kulit buaya yang terbaik dan dihiasi dengan berlian 334 dan emas putih. Talinya diperbuat daripada emas putih 18 karat. Antara faktor lain membuatkan ia begitu mahal adalah jumlah pengeluarannya yang sangat terhad, iaitu sebanyak 13 unit sahaja.   


6. Niloticus Crocodile Himalaya Birkin


Ia mempunyai beberapa sebab kenapa ia dijual pada harga sedemikian rupa. Pertamanya, beg tangan ini diperbuat daripada kulit buaya Niloticus, tetapi ia memerlukan masa selama beribu-ribu jam untuk memproses kulit tersebut untuk mendapatkan kualiti yang terbaik. Kedua, rekaannya dibuat bagi memperlihatkan imej kemegahan Banjaran Himalaya. Ini dapat dilihat daripada tona warna beg ini sendiri iaitu sedikit keperangan dan putih salji. Ia dijual pada harga US$ 379,000 (RM 1,505,388).


  5. Lana Marks Cleopatra Clutch


Beg tangan kelima termahal di dunia ini merupakan pilihan kepada kebanyakkan selebriti terkemuka di dunia. Berharga US$ 400,000 (RM 1,588,800) kerana faktor ia hanya dihasilkan satu sahaja setiap tahun dengan tema dan warna yang berbeza. Model yang dimiliki oleh Li Bingbing, aktres dari China ini merupa koleksi Lana Marks termahal yang pernah dihasilkan dan dihiasi dengan 1600 berlian putih 40 karat. Berlian merah jambu dan merah putih juga disusun pada bahagian atas beg tangan ini untuk membentuk nama Li Bingbing. 

4. Hermes Chaine’d Ancre Bag


Berharga US$ 1.4 juta (RM 5,560,800), ia mempunyai rekaan yang pelik seolah-olah rantai yang berselirat. Diperbuat daripada 1,160 bentuk berlian, ia bernilai sebegitu tinggi juga disebabkan ia dihasilkan oleh pereka tersohor, Pierre Hardy dan hanya tiga buah sahaja yang ada di dunia.

3. Hermes Birkin Bag by Ginza Tanaka


Apa yang menariknya mengenai rekaan beg oleh pereka daripada Jepun ini adalah beberapa bahagian beg ini boleh ditanggalkan dan dijadikan aksesori buat pemiliknya. berharga US$ 1.4 juta (RM 5,560,800), ia diperbuat daripada platinum dan dihiasi dengan 2000 berlian dan satu batu permata 8 karat berbentuk hati. Jika anda terlupa untuk membawa rantai, tanggal sahaja tali yang melingkarinya dengan permata berbentuk hati itu untuk dijadikan sebagai hiasan mahal pada leher anda. 

2. Hermes Kelly Rose Gold


Dikatakan jika anda memiliki beg ini, anda tidak memerlukan perhiasan lain lagi seperti gelang jika menghadiri mana-mana majlis mewah. Dibuat dan dibentuk agar menyerupai kulit buaya, beg kecil dan mewah ini diperbuat daripada emas padu seakan-akan warna bunga mawar melibatkan kerjasama antara Hermes dengan pengeluar barangan perhiasan terkemuka dunia, Pierce Hardy. Dengan dihiasi sebanyak 1,160 berlian, ia mengambil masa selama 2 tahun untuk dihasilkan Bernilai US$ 2 juta (RM 7,955,000), hanya terdapat 12 buah beg sahaja yang dihasilkan. Bagaimanapun saiznya amat kecil dan hanya dapat memuatkan beberpa keping duit dan kad kredit sahaja. 


1. Mouawad 1001 Nights Diamond Purse


Inilah beg tangan paling mahal di dunia untuk tahun 2018, dan ia memegang rekod tersebut sejak tahun 2011 lagi. Malah, ia turut tercatat di dalam Guinness World Record. Dan yang pasti, ia bukanlah daripada jenama Hermes. Beg tangan bernilai US$ 3.8 juta (RM 15,114,500) ini dihasilkan oleh syarikat pengeluar barangan mewah Emiraty, yang turut memegang lima lagi Guinness World 

Record untuk beberapa produknya yang lain. Beg berbentuk hati yang diperbuat sepenuhnya menggunakan tangan, memerlukan masa selama 8,800 jam untuk disiapkan. Dengan menggunakan emas 18 karat dan dihiasai dengan 4,517 berlian merangkumi 105 berlian kuning, 56 berlian merah jambu dan 4,356 berlian lut sinar. Hanya satu sahaja yang dihasilkan dan dilelongkan dalam acara lelong Christie di Hong Kong tahun lepas. 

 Rasa nak pengsan tak tengok harga beg-beg ni? Agak-agak korang, berapa lama korang kena simpan duit kalau berhajat nak beli salah satu beg yang disebut di atas?