Kalau di negara Singapura, gaji Perdana Menteri diberikan setara dengan gaji ceo bagi kebanyakan syarikat gergasi di negara berkenaan.

Ini kerana mereka beranggapan tugasan dan cabaran yang digalas oleh pemimpin Singapura adalah sama dengan penaung syarikat terkemuka di negara kota Singa itu.

Berlainan pula, gaji CEO di Malaysia adalah jauh yang lebih tinggi daripada gaji Perdana Menteri dan juga barisan kabinet Malaysia.

Pendapatan mereka ini termaktub dalam Akta Ahli Parlimen (saraan) 1980 [Akta 237]


#1) Datuk Seri Mohamed Nazir Abdul Razak



CEO CIMB Group Holdings Berhad

RM9.35 juta setahun (RM779,166 sebulan)




#2) Datuk Seri Zubir Murshid (telah digantikan dengan Datuk Mohd Bakke Salleh)



CEO Sime Darby Berhad

RM2.05 juta setahun (RM170,833 sebulan)




#3) Datuk Yusli Mohamed Yusoff



CEO Bursa Malaysia

RM1.97 juta setahun (RM164,166 sebulan)



#4) Datuk Seri Abdul Wahid Omar



CEO Maybank Berhad

RM1.78 juta setahun (RM148,333 sebulan)




#5) Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin



Boustead Holdings Berhad

RM1.85 juta (RM154,166 sebulan)



Diantara CEO syarikat GLC negara dengan gaji yang paling banyak sekali..



#1. NAMA : DATO’ SERI CHE KHALIB BIN MOHAMAD NOH



JAWATAN : CEO TNB

GAJI : RM 1,107,280,00




#2. NAMA : TAN SRI ROZALI BIN ISMAIL



JAWATAN :CEO SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd) & PUNCAK NIAGA HOLDING

STATEMENT GAJI ; Setahun – RM5.1juta

Sebulan – RM425,000

Sehari (8jam) – RM14,166

Sejam – RM1,770

Seminit – RM29.51



#3. BEKAS CEO MAS : DATO IDRIS JALA



Kalau sebelum ini, Idris Jala merupakan CEO MAS yang mana pendapatannya adalah sekitar RM100,000.

Sekarang ini, beliau sudah pun meninggalkan sektor swasta untuk menyertai kabinet Malaysia yang ada pada hari ini apabila dilantik sebagai senator dan menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Berdasarkan laporan tahun 2008, pendapatan bagi Ketua Pegawai Eksekutif MAS ini di antara RM1 juta sehingga RM1.5 juta setahun.


Setelah bergelar MENTERI

Elaun bulanan sebagai Datuk Idris Jala adalah sebanyak RM14,907, 20 ditambah dengan jawatannya sebagai senator di mana beliau turut menerima RM4,112.79. Ini tidak termasuk beberapa faedah dan inisiatif lain yang bakal anda lihat di bawah ini nanti yang jumlah minimumnya adalah sebanyak RM25, 619.99.

Tetapi untuk setakat hari ini belum dapat dipastikan adakah imbuhan yang diterima termasuk sekali tugasan beliau selaku Ketua Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) dan juga ketua bagi unit KPI kerajaan Malaysia.

Source : http://bolehbro.com/ramai-tak-tahu-senarai-gaji/